|
Buat julung
kalinya KPC telah mengadakan Hari Keluarga yang berlangsung dengan meriahnya
pada 3 Ogos lalu di sebuah resort di
Cherating. Dato’ Mohamed Awang Tera, Pengarah Urusan KPC telah
menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut dan seterusnya telah
merasmikan Hari Keluarga KPC 2003.
Acara ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan tali
silratulrahim di antara keluarga-keluarga, di samping bersukaria dan
bersantai.
Pelbagai acara telah disediakan dan disertai oleh warga kerja KPC serta
keluarga di antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak , gubahan
buah-buahan untuk pasangan suami isteri, dan pelbagai acara telematch
seperti boling pantai, terompah gergasi, lari dalam guni, pancing botol,”
water bomb dan waitress competition.” |