|
RANGKAIAN rel
di antara Pelabuhan Kuantan dengan Kompleks Intergrasi Petrokimia Kerteh
dijangka akan beroperasi dalam tempoh masa terdekat.
Rangkaian rel ini dijangka akan meluaskan lagi sempadan Pelabuhan Kuantan
untuk meliputi Estet Perindustrian Gebeng dan Estet Perindustrian Kertih di
Terengganu.
Perkhidmatan dedikasi rel dari Pelabuhan Kuantan ini dijangka akan bermula
operasi pada suku ke empat tahun ini.
“Kami telah menjalankan perkhidmatan percubaan pada akhir bulan Ogos dengan
memunggah 36 buah kontena tanpa menghadapi sebarang masalah di antara
Pelabuhan Kuantan dan Kompleks Intergrasi Petrokimia Kerteh,” kata Ketua
Sistem Keretapi Kuantan-Kerteh, Anthony Williams.
“Ia akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat ini dan dijangka amat
penting bagi memberikan perkhidmatan alternatif yang lebih
pantas dan lebih ekonomikal,” kata Williams.
Kami sedang memberikan penekanan terhadap beberapa isu keselamatan di
sepanjang trek rel tersebut dan akan menyelesaikan segala masalah sebelum
perkhidmatan komersial sepenuhnya.
Perkhidmatan rel di antara Kerteh dan Kuantan bagi kargo kimia berkontena
akan dijangka meningkatkan lagi fret menerusi Pelabuhan
Kuantan, kata Williams.
Projek ini merupakan usahasama di antara KTM Bhd, Petronas dan Malaysia
International Shipping Corporation Bhd (MISC). Operasi
perkhidmatan rel ini akan diusahakan oleh MISC Haulage Services Sdn Bhd,
anak syarikat MISC. MISC Haulage akan menguruskan dan menyelenggara trek
keretapi sepanjang 76km.
“Walau bagaimanapun kami akan terus mendapatkan kepakaran KTMB Bhd dalam
pengendalikan perkhidmatan rel ini khususnya
pemandu rel,” kata Williams.
Mengulas mengenai bilangan perkhidmatan, Williams mengatakan pada peringkat
permulaan kami berharap untuk memberikan perkhidmatan harian di antara
Pelabuhan Kuantan dan Kompleks Intergrasi Petrokimia Kerteh.
“Dengan menggunakan dua lokomotif berkuasa 3,500 HP dan 50 wagon, kami
berkeyakinan untuk memberikan tiga perjalanan dalam masa dua hari. Setiap
perkhidmatan akan mempunyai kapasiti untuk
menarik 40 TEUs. Dengan perkhidmatan ini kami menjangka akan mengendalikan
lebih kurang 2,000 TEUs dalam sebulan ataupun
24,000 TEUs dalam masa setahun,” kata Williams.
“Pengangkutan kargo kimia berkenaan menerusi rel adalah merupakan bentuk
pengangkutan yang lebih selamat dibandingkan dengan pengangkutan menerusi
lebuhraya ataupun jalanraya. Lebih-lebih lagi
pengangkutan rel ini melalui kawasan yang kurang penduduk,” kata Williams. |